Wednesday, August 26, 2015

Ma-Play Card Game: Genesis

Tadi lepas abis kerja, aku cepat-cepat balik rumah, tunggu Adib datang bawak deck dia.

Aku dengan Adib dah develop benda alah Ma-Play Card Game ni daripada awal tahun. Sampai bila aku main kad ni dengan dia dah macam dua minit je. Dah laju.

kebanyakan benda aku tulis ni nanti tak bawa makna untuk orang yang tak tau Magic The Gathering atau Yu-Gi-Oh. Jadi yang semua boleh paham ialah: setiap judul akan ada deck dengan tema sendiri. Deck boleh digunakan untuk satu-lawan-satu atau boleh main lawan ramai-ramai.

Projek ni aku commit untuk tiga tahun, lengkap dengan beberapa bahagiannya yang akan diumumkan kemudian. Aku memang suka main Yu-Gi-Oh tapi sebab keluarga aku miskin, aku hanya mampu main kat PC. Adib gila Magic dulu.

Niat aku asalnya nak buat permainan kad yang tak mahal sangat dan semua orang boleh beli. Kalau nak main card game sedia ada, kalau takde beratus toksah cakap la. Yang ni murah je. Dan dalam BM.

Tadi kitorang habiskan dalam sejam dua tweak deck Taubat Si Tanggang. Ubah apa yang patut sikit-sikit. Juga buat mirror fights - kalau dua deck sama lawan, contohnya deck Kuala Terengganu in 7 Days lawan deck Kuala Terengganu in 7 Days.

Basically, untuk yang reti main Magic, Invasi ialah aggro deck. Macam mono-red gitu. Kuala Terengganu in 7 Days punya deck ialah satu versi blue. Taubat Si Tanggang selepas di-overhaul is a true blue deck.

Banyak benda lain yang nak masukkan, tapi untuk sistem ni, kitorang nak make sure gameplay dia simple dulu. Ma-Play Card Game ialah satu card game yang sentiasa akan berkembang dengan setiap judul yang Maple Comics terbitkan. Juga, kitorang mungkin akan keluarkan expansion untuk deck-deck yang popular. Booster packs la kiranya.

Banyak lagi benda nak jelaskan, tapi buat masa ni, aku cuma umumkan kitorang tengah buat Ma-Play Card Game dan rasanya akan terbit hujung tahun ini.