Sunday, September 28, 2014

Almanak Masakan Bumi dan Langit: Neraca Hidup dan Mati

Sambil-sambil aku tengok Detective Conan ni, aku nak bagi tips umum pasal pemakanan sama ada untuk orang yang nak mati macam aku, sakit jantung, etc, juga untuk orang yang nak kuruskan badan.

Simple je, kalau nak kuruskan badan - makanan (tenaga) yang masuk dalam badan mesti kurang daripada jumlah tenaga yang digunakan. Defisit ini akan diambil daripada simpanan lemak, protein, etc.

Takde makanan ajaib atau benda yang dijual dek MLM yang mampu menguruskan ko, melainkan racun rumpai yang boleh mematikan ko terus, bes pekat atau asid pekat yang boleh mencairkan organ dalaman ko, atau bahan radioaktif yang menukarkan ko jadi beruk.

Benda paling penting yang orang tak peduli ialah portioning. Masa aku kat hospital dulu, aku selalu perasan pasal berapa banyak makanan dia bagi aku mengikut sukatan yang agak tepat.

Contohnya, satu sajian nasi ialah dua sudu besar sahaja. Satu hari, manusia biasa patut makan 6-7 sajian bijirin atau nasi (7 X 2 sudu besar nasi = 14 sudu besar nasi).

Nak kira dengan lebih jelas, macam ni la. Satu suku (1/4 cawan) beras kering akan mengembang jadi satu cawan nasi. Satu cawan (bukan mangkuk) nasi ialah dua sajian.

Jumlah keperluan manusia berlainan, bergantung ko dengar daripada siapa, dan negara mana, kementerian mana, bangsa apa, etc.

Bagi aku, aku ikut hospital punya kira campur USFDA punya recommendation. Satu kali makan, nasi dia bagi satu mangkuk. Bukan mangkuk besar, tapi mangkuk kecil/sederhana. Jadi aku ingat jumlah ni, dan aku ikut.

Aku pakai penyukat 3/4 cawan beras perang (12/4 cawan atau 3 cawan nasi) untuk cukup nasi selama satu hari atau dua kali makan. Ini bermakna setiap makan tengahari dan makan malam, aku makan satu setengah cawan nasi.

Campur dengan karbohidrat aku dapat daripada roti wholemeal (sarapan) dan oats (snacks and fillers), aku mencapai 300gm - lebih kurang US FDA DRV (Daily Reference Value) untuk keperluan karbohidrat aku, tolak sedikit.

Protein. Aku beli dada ayam (tanpa tulang, tetapi berkulit) dalam lingkungan berat 500-550gm. Setiap satu peket setengah kilo ada DUA dada ayam. Setelah membuang kulit dan lemak, aku kira SATU dada ayam ialah seberat 180-200gm.

Kalau aku makan dengan nasi, aku boleh masak 200gm daging ayam ini (bersama bawang dan mungkin lobak) untuk dua kali makan (lunch + dinner). Jadi, pengambilan protein aku kekal 180-200gm sehari.

Pada hari aku tidak makan nasi, aku ada dua pilihan:

1. Makan banyak sayur salad sebagai hidangan utama dengan sokongan sup ayam.

2. Bakar ayam sebagai hidangan utama dengan sokongan salad

Pilihan satu mengehadkan pengambilan protein aku pada 180-200gm sehari, sebab sup yang sama aku boleh makan dua kali.

Pilihan kedua menggandakan pengambilan protein aku sebab aku akan bakar dua dada ayam sehari. 400gm protein sehari.

Oh, ya. Aku juga tidak mengambilkira protein yang aku ambil pada waktu pagi melalui Ayam Brand Tuna in Mineral Water. Itu dalam 50gm kot.

Protein penting sebab inilah makanan yang buat kita rasa kenyang lebih lama. Kajian saintis makanan menunjukkan protein menyebabkan manusia rasa kenyang dan kadangkala, gembira. Protein yang tidak digunakan mungkin dihantar ke buah pinggang atau hati, jadi terlebih makan protein boleh merosakkan organ dalaman. Lebih-lebih lagi kalau makan protein berlemak dan ada asid urik yang banyak.

Karbohidrat menentukan tenaga kita pada masa itu. Malah, ada kajian menggunakan adik-beradik kembar menunjukkan yang pemakanan karbohidrat bijak memastikan kita sentiasa ada tenaga sepanjang hari. Namun, tenaga yang tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak.

Masuk bab susu, keju, krim, etc.

Ada kajian baru dari Denmark yang mengatakan pengmbilan susu dan keluaran tenusu akan mengurangkan jumlah lemak dalam badan kita, sebab kalsium dalam susu dan keluaran tenusu akan membawa minyak dan lemak lain keluar dari badan melalui saluran taik.

Aku tak percaya sangat. Mungkin ada betulnya, jadi, baik ambik pil kalsium. Kalau ambik terlebih, kang takut kena batu karang pulak.

So, apa aku buat ialah, aku beli low fat milk yang ada sterol, dan aku consume dalam 2 carton a week. That's 2L of low fat milk a week. Aku pilih low fat milk sebab fresh milk ada saturated fat. Ada orang cakap fresh milk is better, tapi kalau lagi bagus pun, aku tolak semua saturated fat. Fuck off.

Yang lainnya, aku pakai soy milk.

Soy milk bagus, tapi ada masalah.

Soy milk yang aku pakai ialah SoyFresh yang ada letak Omega 3 dan 6. Ada pengawet, tapi dah takleh lari dah ni.

Susu soya amat bagus untuk tubuh dan jantung, tapi dia ada satu kelemahan. Susu kacang soya ada isoflavones dan ini menyerupai kesan hormon estrogen dalam badan. Malah, isoflavones juga dipanggil phytoestrogen.

Risiko pengambilan susu kacang soya yang melampau (belum dibuktikan secara sahih) ialah: kanser payudara untuk perempuan, kekurangan sperma bagi lelaki.

Jadi, dah takleh lari sebab aku gunakan susu low fat atau susu kacang soya untuk makan oats. Jadi aku alternatekan. Minggu ni aku minum susu kacang soya. Minggu depan aku minum low-fat milk dengan sterol.

Pergi ke sayur.

Makanlah banyak sayur dan buah-buahan, tapi jangan lupa - sayur dan buah juga ada kalori dan gula. Satu lagi risiko makan benda-benda mentah yang sihat ni ialah kecacingan.

Selepas dua minggu aku keluar hospital dan makan sayur segar sahaja, aku mula gatal bontot - tanda ada cacing dalam perut. Aku beli Zentel, satu hari je settle.

Tapi aku tau, setiap dua-tiga bulan, sebab aku makan banyak makanan mentah, risiko terdedah pada telur cacing mungkin meningkat. Aku ready dengan Zentel je lah.

Gula dalam buah kena jaga. Kat hospital, aku diberi tiga servings of buah sehari. Ini lebih kurang setengah betik, setengah cantaloupe, atau whatever yang ada la.

Kat luar hospital, sebab aku dah eliminate kebanyakan sugar intake aku, aku boleh benarkan lebih banyak buah. Setiap hari, aku makan 4 biji buah yang tak manis sangat. Biasanya: 1 pear atau epal waktu pagi. 1 oren atau pear selepas lunch. 1 oren atau pear/epal selepas dinner. 1 apa buah aku nak makan, 2 jam sebelum aku tidur.

Kalau aku buat mixed salad, aku akan pakai 3 biji buah - epal hijau, pear, oren. Dengan satu butterhead lettuce, bila campur, salad campur ni boleh dimakan sampai kenyang sebanyak dua kali. Jadi, bila aku buat salad campur ni, aku tak makan buah selepas meal.

Itu je lah kot, benda dalam kepala otak aku sambil tengok Detective Conan ni. Jumpa lagi esok pasal benda-benda lain pulak. Kalau aku masih hidup la.