Monday, September 29, 2014

Almanak Masakan Bumi dan Langit: Hikmat Serat Tinggi

Aku mengamalkan pemakanan serat tinggi sebab aku dah nak mampus. Apa maksud serat tinggi dan kenapa aku pilih benda alah ni? Aku nak turunkan kolesterol, sebab penyakit jantung aku akan bunuh aku kalau kolesterol aku tinggi. Atau lebih teruk lagi, kalau kolesterol tinggi (dan kalau aku isap rokok dan hidup dengan stress tinggi), aku mungkin kena stroke. Kena stroke lagi teruk daripada mati. Aku lebih suka mati daripada kena stroke.

Serat terbahagi kepada TIGA jenis:

1. Serat larut (soluble fibre)

- oats, buah limau, kekacang, psyllium husk
- serat larut mengeluarkan kolesterol, menambah kandungan air dalam usus kecil dan melembutkan taik.
- memerlahankan pencernaan, menarik air masuk ke usus
- serat larut ni biasanya daripada dinding tumbuh-tumbuhan.

2. Serat tak larut (insoluble fibre)

- bijirin penuh/perang, buah-buahan, sayur-sayuran.
- serat tak larut menambah jisim taik dalam usus.
- mengenyangkan
- menjadi bahan pelawas

3. Kanji kental (resistant starch)

- bijirin, buah, sayur, etc.
- bila sesetengah makanan berkanji dimasak dan dibiarkan sejuk, ada yang akan menghasilkan kanji lebih kental. Ini sekarang dikira serat jugak.

Manusia patut makan 38g serat sehari, tapi biasanya purata global dalam 14g sahaja. Jadi, apa saja serat ko makan sekarang, ko kena gandakan. Untuk panduan, sekeping roti wholemeal ada 2g serat. Takleh la makan 20 keping terus, sebab bersama dengan serat dalam roti tu ada gula, garam, lemak, etc.

So kalau nak pemakanan serat tinggi ni kena pandai la.

Pasal apa? Well,

Khasiat serat tinggi berdasarkan penyakit:

1. Penyakit jantung

- pemakanan serat tinggi menurunkan kolesterol.
- walaupun tiada kajian conclusive antara penyakit jantung dan kandungan serat dalam makanan, penurunan kolesterol memang disahkan bila kita makan makanan serat tinggi.
- menambah 10g serat dalam pemakanan sehari, setiap hari, akan menurunkan risiko sakit jantung sebanyak 15% dalam tujuh tahun pertama selepas kena sakit jantung.

2. kencing manis (type-2)

- serat tak menaikkan kadar gula dalam darah seperti karbohidrat biasa atau gula, jdi makanan serat tinggi bagus untuk pesakit kencing manis dan mereka yang nak mengelak kencing manis.
- makanan serat tinggi mengenyangkan, jadi kawalan jumlah makanan yang dimakan lebih senang.

3. Barah

- makanan serat tinggi menurunkan risiko sesetengah barah seperti barah usus.
- makanan erat tinggi juga kaya antioxidant

4. Gemuk

- orang gemuk kena makan makanan serat tinggi.

Okaylah. Aku nak pergi tengok Detective Conan ni. Esok aku tulis pasal psyllium husk dan cara makan oats.